News Ticker

5S - Apa itu EKSA?

By PULAPA Wilayah Timur - 28 Feb 2015 No Comments
EKSA adalah singkatan kepada Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA).

Ia diterajui oleh pihak MAMPU (Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia), dan ia merupakan penjenamaan semula bagi Pelaksanaan Amalan 5S Sektor Awam (2010), dan bertujuan untuk meningkatkan budaya kecemerlangan organisasi yang lebih berimej korporat dan melahirkan idea dan aktiviti kerativiti dan inovasi.

Latar Belakang:
MAMPU telah mengeluarkan Panduan Amalan 5S Sektor Awam pada tahun 2010, yang mana agensi/jabatan di bawah Sektor Awam sudah boleh memperolehi Pensijilan Amalan 5S melalui pihak MAMPU (Bahagian Inspektorat dan Pengiktirafan). 
Seperti yang sedia maklum selama ini Pensijilan 5S/QE (Sistem Persekitaran Berkualiti) di tunjangi oleh pihak MPC (Perbadanan Produktiviti Malaysia) sejak tahun 80an lagi. Manakala tempoh pensijilan 5S ini adalah selama 2 tahun sekali. Berbanding tempoh Pensijilan 5S MPC setahun sekali.
Bagi merealisasi dan memantapkan lagi Amalan 5S Sektor Awam ini, pada tahun 2011 pihak MAMPU telah melaksanakan Program Training of Trainers (ToT) Amalan 5S kepada Institut Latihan Awam.

Sejak itu beberapa agensi/jabatan sektor awam mula memperolehi pensijilan 5S melalui pengauditan MAMPU. Sehingga tahun 2013 sejumlah 173 agensi/jabatan sektor awam telah memperolehi pensijilan ini.

Kredit: sukses 5S

No Comment to " 5S - Apa itu EKSA? "