News Ticker

Latest Posts

Tujuan Penjenamaan Semula

- 28 Feb 2015 No Comments
MAMPU telah mengambil inisiatif untuk menambahbaik pelaksanaan Amalan 5S yang kini dijenamakan semula kepada Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA).

Langkah ini selaras dengan usaha memperkukuhkan budaya organisasi berprestasi tinggi dan inovatif dalam kalangan agensi–agensi sektor awam melalui penyediaan persekitaran, budaya kerja serta nilai yang menjadi amalan seluruh warga agensi sektor awam.

Secara khususnya, penjenamaan semula ini dilaksanakan bertujuan untuk membolehkan agensi kerajaan:
  1. Meningkatkan imej korporat;
  2. Menggalakkan aktiviti ke arah mewujudkan persekitaran hijau melalui pembudayaan Go Green;
  3. Menyemarakkan aktiviti kreativiti dan inovasi selaras dengan tuntutan stakeholders;
  4. Memperluaskan pelaksanaan di agensi-agensi Kerajaan; dan
  5. Memastikan elemen pengauditan memenuhi keperluan kepelbagaian organisasi/ agensi Kerajaan.

Selain daripada itu, EKSA juga memperkenalkan model penilaian dan pengauditan baharu yang merangkumi Kriteria Generik dan Kriteria Khusus dengan turut mengambil kira kepelbagaian premis agensi Kerajaan mengikut jenis-jenis perkhidmatan yang diberikan.
Pendekatan one-size-fits-all yang dipraktikkan sebelum ini didapati kurang memadai untuk memenuhi keperluan kepelbagaian agensi Kerajaan pada masa ini. Justeru, penilaian EKSA ini akan disesuaikan mengikut lokaliti agensi yang diaudit.

Kesimpulannya, EKSA yang diperkenalkan ini bukan bertujuan untuk menggantikan konsep 5S yang telah sedia ada diamalkan, sebaliknya menambah baik elemen 5S tersebut dengan menyokong kepada pewujudan persekitaran kerja yang kondusif.

5S - Apa itu EKSA?

- No Comments
EKSA adalah singkatan kepada Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA).

Ia diterajui oleh pihak MAMPU (Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia), dan ia merupakan penjenamaan semula bagi Pelaksanaan Amalan 5S Sektor Awam (2010), dan bertujuan untuk meningkatkan budaya kecemerlangan organisasi yang lebih berimej korporat dan melahirkan idea dan aktiviti kerativiti dan inovasi.

Latar Belakang:
MAMPU telah mengeluarkan Panduan Amalan 5S Sektor Awam pada tahun 2010, yang mana agensi/jabatan di bawah Sektor Awam sudah boleh memperolehi Pensijilan Amalan 5S melalui pihak MAMPU (Bahagian Inspektorat dan Pengiktirafan). 
Seperti yang sedia maklum selama ini Pensijilan 5S/QE (Sistem Persekitaran Berkualiti) di tunjangi oleh pihak MPC (Perbadanan Produktiviti Malaysia) sejak tahun 80an lagi. Manakala tempoh pensijilan 5S ini adalah selama 2 tahun sekali. Berbanding tempoh Pensijilan 5S MPC setahun sekali.
Bagi merealisasi dan memantapkan lagi Amalan 5S Sektor Awam ini, pada tahun 2011 pihak MAMPU telah melaksanakan Program Training of Trainers (ToT) Amalan 5S kepada Institut Latihan Awam.

Sejak itu beberapa agensi/jabatan sektor awam mula memperolehi pensijilan 5S melalui pengauditan MAMPU. Sehingga tahun 2013 sejumlah 173 agensi/jabatan sektor awam telah memperolehi pensijilan ini.

Kredit: sukses 5S

Mesyuarat Induk Kali Ke-5

- 18 Dis 2014 No Comments
Pada 21 Ogos, mesyuarat induk 5S telah diadakan jam 9 hingga jam 1. Banyak perkara dibincangkan dalam merangka 5S yang bermutu.

Penambahbaikan yang dibuat adalah untuk keceriaan dan memperkasa kualiti kerja warga PULAPA Wilayah Timur. Mesyuarat ini disertai oleh semua Ketua zon, Ketua latihan, penyelaras, penasihat, setiausaha dan Ketua Audit.

Lantikan baru 2014 ini akan kami maklumkan dalam artikel akan datang.


Mesyuarat Induk Kali ke 4

- 10 Jan 2012 No Comments

Pada 9 Januari,mesyuarat induk 5S telah diadakan jam 9 hingga jam 1. Banyak perkara dibincangkan dalam merangka 5S yang bermutu.


Penambahbaikan yang dibuat adalah untuk keceriaan dan memperkasa kualiti kerja warga PULAPAT.

Mesyuarat ini disertai oleh semua Ketua zon, Ketua latihan,penyelaras,penasihat,setiausaha dan Ketua Audit.


Majlis penyampaian hadiah logo,slogan dan banner terbaik 5S PULAPAT

- 19 Dis 2011 No Comments
Majlis penghargaan atas pemenang peraduan penciptaan logo, slogan dan banner akan diadakan pada 21.12.2011 bertempat di Dewan Makan PULAPAT Jengka.

Apa itu 5S bahagian 4

- 13 Dis 2011 No Comments
Pelaksanaan 5S yang Berkesan
Untuk mendapat hasil yang optimum daripada pelaksanaan 5S di organisasi kita, beberapa perkara berikut boleh membantu :

Dapatkan sokongan dari peringkat pihak pengurusan atasan. Komitmen pihak pengurusan atasan dapat mewujudkan suasana yang sesuai bagi pelaksanaan 5S selain mampu memberi kesan yang lebih berpanjangan.

Sediakan prasarana yang bersesuaian. Adalah penting dikenal pasti terlebih dahulu aspek atau ruang yang bersesuaian untuk dilaksanakan 5S dalam organisasi. Untuk itu adalah perlu diwujudkan beberapa jawatankuasa bagi pelaksanaan 5S

Sediakan dan lancarkan sistem atau kaedah komunikasi yang sesuai. Ini penting bagi memberikan penerangan akan keperluan, kepentingan dan kebaikan 5S di organisasi kita kepada staf lain. Untuk itu beberapa kaedah boleh digunakan misalnya : 

a. Melalui mesyuarat
b. Menggunakan intranet atau laman web organisasi
c. Papan kenyataan
d. Poster
e. Surat Berita Dalaman ( Newsletter)

 Mengadakan latihan kepada kumpulan-kumpulan yang terlibat dalam 5S dan staf lain di organisasi kita. Adalah perlu dirancang latihan asas 5S kepada setiap staf. Ini bagi membolehkan seluruh staf organisasi tahu apa peranan yang harus mereka laksanakan dalam 5S

 Mulakan dengan projek perintis 5S. Pilih kawasan yang kebanyakan staf tidak "teringin" untuk bekerja, mungkin kerana terlalu sesak, tidak terurus dan sebagainya. Kawasan berkenaan juga harus mempunyai kesan visual positif apabila 5S dilaksanakan. Dengan pengalaman projek perintis ini kelak dapat digunakan untuk merancang pelaksanaan 5S yang lebih menyeluruh dalam organisasi.

 Wujudkan dan kongsikan Best Practices. Sediakan dan gunakan pangkalan data berkaitan amalan-amalan yang terbaik dan mesti dikongsikan dengan staf yang lain.

 Sediakan pelan pelaksanaan 5S yang menyeluruh. Hasil dari pelaksanaan projek perintis 5S, adalah penting dilakukan penilaian dan semakan. Dapatkan maklumbalas dan idea daripada ahli kumpulan projek perintis 5S berkenaan untuk input penambahbaikan dalam pelan pelaksanaan 5S organisasi 

 Sentiasa menilai dan membuat pengubahsuaian. Dalam pelaksanaan 5S, setiap masalah yang dihadapi harus dijadikan teladan dan daripadanya mesti dilakukan penambahbaikan. Ubahsuai atau pilih pendekatan dan kaedah pelaksanaan bagi memastikan 5S di organisasi kita lebih "segar".

Apa itu 5S bahagian 3

- 11 Dis 2011 No Comments
Apakah objektif 5S?
  •  Membina budaya Kaizen di tempat kerja
  •  Membina kerjasama melalui penyertaan semua
  •  Membina amalan kepimpinan pengurus dan penyelia
  •  Meningkatkan infrastruktur untuk melaksanakan program Kaizen yang lebih maju
  • Ada dua pendekatan untuk mengamalkan 5S:
  •  Pendekatan Kaizen
  •  Pendekatan Inovasi
Oleh sebab 5S merupakan aktiviti yang berorientasikan manusia dan proses, pendekatan Kaizen adalah cara terbaik di mana pembaikan dilakukan secara sedikit demi sedikit tetapi berterusan.

Bagi menjayakan Program 5S bukanlah semudah yang disangka. Untuk tujuan itu, komitmen yang tinggi diperlukan daripada semua peringkat kakitangan. Antaranya : 
  •  Mengamalkan budaya kerja 5S
  •  Menetapkan agenda perbincangan untuk pembangunan Program 5S
  •  Meningkatkan pengetahuan berkaitan 5S
  •  Meluangkan masa untuk 5S
  •  Melaksanakan program 5S secara teratur tanpa tergesa-gesa
  •  Memperuntukkan sedikit kewangan untuk pelaksanaan
Mengubah kebiasaan kita
Ke arah Persijilan 5S...
  • Pertandingan antara organisasi 5S
  • Anugerah amalan 5S
  • Organisasi model
Adakah ini dapat dilakukan? Mungkin ini yang terlintas di fikiran apabila membaca tajuk artikel ini. Namun ini tidak mustahil walaupun tidak semudah yang disangkakan. 
Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) telah membuktikan bahawa ianya boleh dilakukan dan mereka telah melakukannya dengan berkesan sekali.
Mengubah Kebiasaan Kita adalah motto TBS dalam melaksanakan 5S di organisasi mereka. TBS (ibupejabat) mempunyai kira-kira 100 kakitangan dan kini sejak pelancaran amalan 5S mereka pada 31 Januari 2005 yang lalu, badan ini telah berjaya menjadikan operasi atau proses kerja serta suasana kerja kakitangannya menjadi lebih baik dan ini telah menyumbang kepada peningkatan produktiviti mereka.

kredit:-baitulmal Sarawak